Perang Siber: Apa gunanya Al dalam pengesahan penggunaan bahasa dalam Media Sosial ?

Buli siber yang kini menjadi buah mulut masyarakat perlu mendapatkan penyelesaian yang segera.

Kes kes yang tercetus akibat melontarkan komen dan pandangan berbaur keganasan, berlucah dan tidak sopan yang dilontarkan. Kepintaran dan kecerdasan manusia kini telah dicabar oleh Al.

meragut nyawa seseorang ini. Namun peliknya penyedia platform media sosial seperti TikTok nampaknya perlu memberi fokus dalam perihal seperti mengenali bahasa secara automatik.

Tidak hairan dalam arus pembangunan teknologi ini, pengesahan bahasa khususnya bahasa lucah perlu dikesan, rekod dan mengambil tindakan tegas secara sendiri oleh platform media tersebut. Tidak apapun mustahil pada zaman kini.

Penyedia platform perlu mengenal pasti cara pengesan bahasa lucah dan berbentuk keganasan dengan menggunakan Al. Dengan tindakan ini, separuh masalah dapat diselesaikan.

Pengesahan ini tidak boleh terhad kepada satu atau dua bahasa sahaja, perlu diperluaskan kepada semua bahasa yang digunakan di Malaysia agar kemelut siber buli tidak dapat diulangi.

Saya diberitahu oleh kawan di luar negara bahawa di negara mereka adanya penggunakan pengesahan bahasa. Maka saya rasa tidak sukar dan payah untuk penyedia media sosial mengaplikasikan system pengesan bahasa secara Al khasnya bagi konten berbaur lucah dan ganas.

Gunakan kepakaran dalam skop bahasa, teknologi untuk membangunkan sistem ini. Minta juga pihak berkuasa untuk sama-sama bekerjasama untuk mencari modus operandi idea ini.

Sebagai contoh, jika salah seorang pempengaruh menggunakan bahasa lucah semasa siarang langsung ‘live’ mereka, sistem Al ini akan memberi tanda amaran kepada pihak berkuasa dan pihak berkuasa pula boleh menonton live tersebut daripada waktu bahasa lucah ini digunakan.